Berita Sejaya: Rekabentuk surau asrama bakal diperkenalkan oleh Pengetua selepas Hari Raya - SejayaKini | Rumor: Rekabentuk surau asrama dikatakan akan menyerupai Masjid Turki - SejayaKini | Rumor: SMK Segambut Jaya bakal tukar nama SMK Seri Lestari a.k.a SELESTAR? - SejayaKini | Rumor: Nama sekolah akan ditukar selepas siapnya surau baru asrama - SejayaKini | Penguatkuasaan pengambilan pelajar Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama bakal diselaraskan sepenuhnya menjelang tahun hadapan - SejayaKini | Menjelang tahun 2015, kesemua pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) sahaja - SejayaKini | Pengetua akan mengayuh basikal sepanjang 250 KM di China untuk meraih dana pembinaan surau baru asrama - SejayaKini | Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 21 September 2010 di Dewan Terbuka Sekolah - SejayaKini

Ilham Sejaya

Blog Majalah Ilham SMK Segambut Jaya.

Sunday, September 5, 2010 1 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Berikut adalah screenshot terkini rekabentuk dalaman Ilham 2010.



2. Jika dilihat dari Screenshot di atas, dapat dikonklusikan beberapa perkara seperti berikut:

  • Tema dalaman Ilham 2010 berwarna Biru.
  • Ruangan 'Annual Highlights' menyediakan ruang sebanyak 12 gambar dalam satu acara berbanding 8 gambar pada edisi Ilham sebelumnya.
  • Senarai kandungan 'berwajah baru' dengan kehadiran ruangan Pengenalan Kulit Hadapan oleh Editor.
  • Ruangan Gambar Kelas kelihatan lebih fancy dan menarik.
  • Penggunaan gambar penuh pelajar dalam Karya Pelajar masih lagi diteruskan.
3. Jadi, apa pendapat anda? :D

Komen Editor: Majalah dijangka akan dihantar untuk diprint selewat-lewatnya akhir bulan September ;)

Sunday, January 17, 2010 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Blog Ilham Sejaya.



1. Pada entri kali ini, saya ingin memperkenalkan rekaan terbaru majalah Ilham 2010 SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur merangkap sekolah saya yang saya menuntut pada masa ini.

2. Untuk tahun ini, En. Lim Nan Chong selaku Ketua Guru Penasihat Ilham 2010 telah melantik saya untuk menjadi ketua editor dan saudara Fauzan selaku Naib Ketua Editor. Dalam pada masa yang sama, saya telah diamanahkan untuk menyediakan rekaan grafik untuk Ilham tahun ini. Pelbagai pembaharuan yang akan dibuat dalam edisi Ilham kali ini seperti rekaan dalaman, sudut baru, meletakkan semula kulit belakang dan lain-lain.

3. Ilham pada kali ini akan berfokus pada visi sekolah di mana pada tahun 2010 ini merupakan tahun visi SMK Segambut Jaya akan mencapai matlamatnya. Pada muka pertama dan kulit belakang majalah akan disertakan dengan visi sekolah ini.



4. Untuk rekaan kulit hadapan majalah, majalah Ilham 2010 akan menggunakan rekaan kulit hadapan dengan tema berwarna hitam yang telah diperkenalkan pada tahun 2008. Pada awalnya, rekaan muka hadapan ini dibuat untuk Ilham 2008. Disebabkan saya telah memperkenalkan rekaan yang baru lagi pada tahun tersebut, rekaan ini telah diangkat sebagai kulit hadapan Ilham 2010. Rekaan ini telah beberapa kali melalui proses penambahbaikan agar kelihatan lebih segar dan moden.


Rekaan terkini 'book spine' dan kulit hadapan Ilham 2010



Rekaan kulit hadapan Ilham 2008



Rekaan kulit hadapan Ilham 2008
yang telah ditangguhkan untuk Ilham 2010


5. Muka surat pertama Ilham akan diletakkan pendahuluan semula setelah digantikan dengan gambar sidang redaksi pada Ilham 2008 dan isi kandungan pada Ilham 2009.



6. Untuk rekaan dalaman, saya akan cuba menyiapkannya pada masa yang terdekat. Ikuti blog ini untuk rekaan Ilham 2010 yang seterusnya.

7. Komen dan cadangan anda diperlukan untuk memantapkan lagi mutu Ilham 2010.

Sekian, wassalam.

Komen Editor: 2010, Tahun Visi Sejaya :)

Wednesday, November 18, 2009 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, majalah Ilham Edisi ke-13 telah tiba di sekolah dan mula diedarkan kepada semua pelajar mulai 17 November 2009. Bagi pelajar tingkatan 3, majalah boleh diambil pada sesi persekolahan sehingga 20 November 2009 pada guru kelas masing-masing atau pada hari keputusan PMR dikeluarkan.

Edisi kalini menampilkan kulit muka hadapan dengan tema berwarna ungu beserta dengan Lencana berbanding edisi terdahulu dengan rekaan berfokuskan bangunan sekolah. Nantikan review Ilham Ke-13 akan datang di Blog Ilham Sejaya!




Thursday, June 4, 2009 0 comments

Design majalah Ilham ke 12 yang dikatakan terlalu 'banyak' menyebabkan para pembaca majalah Ilham tidak 'puas' dengan isi kandungan majalah Ilham tersebut. Design tersebut juga menyebabkan ruangan dalaman majalah ilham edisi tersebut tidak dapat diisi dengan lebih maklumat dan informasi. Ini disebabkan design tersebut mengambil banyak ruang dalam kebanyakkan page majalah sekolah itu. "Tahun ini (2009), kita mahukan majalah yang simple serta dilengkapi dengan pelbagai informasi" - Ujar En. Lim, Ketua Sidang Redaksi Ilham 13. Justeru itu, design dalaman majalah Ilham ke-13 ini akan ditukar agar kelihatan lebih ringkas supaya banyak maklumat & informasi dapat dimasukkan dengan lebih lagi.


Header atau Banner di atas page dalaman
Ilham ke-12 ini mengambil ruangan yang banyak.

0 comments

Ketua Sidang Redaksi Majalah Ilham, En. Lim Nan Chong telah mengumumkan Farid Abdullah, seorang pelajar tingkatan 4 aliran agama sebagai Ketua Editor Majalah Ilham ke-13 tahun 2o09 ini.
Semoga dapat menjalankan tugas sebagai ketua editor yang rajin, cekap dan berdisiplin. Selamat menjalankan tugas! :D

Monday, March 9, 2009 0 comments

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Untuk makluman anda semua, blog ini dibuat khas untuk anda bagi mengetahui tentang Majalah Ilham SMK Segambut Jaya seperti Upcoming Release, Ilham Review & sebagainya. Selain itu, anda boleh menghantar sebarang comment atau cadangan untuk edisi Ilham yg seterusnya. Saya berharap agar anda semua dapat mengikuti perkembangan Ilham edisi ke 13 yg sedang dlm proses pembinaan.

-Arib-
-Unit Grafik-
-Ilham '08 & '09-