Berita Sejaya: Rekabentuk surau asrama bakal diperkenalkan oleh Pengetua selepas Hari Raya - SejayaKini | Rumor: Rekabentuk surau asrama dikatakan akan menyerupai Masjid Turki - SejayaKini | Rumor: SMK Segambut Jaya bakal tukar nama SMK Seri Lestari a.k.a SELESTAR? - SejayaKini | Rumor: Nama sekolah akan ditukar selepas siapnya surau baru asrama - SejayaKini | Penguatkuasaan pengambilan pelajar Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama bakal diselaraskan sepenuhnya menjelang tahun hadapan - SejayaKini | Menjelang tahun 2015, kesemua pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) sahaja - SejayaKini | Pengetua akan mengayuh basikal sepanjang 250 KM di China untuk meraih dana pembinaan surau baru asrama - SejayaKini | Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 21 September 2010 di Dewan Terbuka Sekolah - SejayaKini

Blog Majalah Ilham SMK Segambut Jaya.

Wednesday, November 18, 2009 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, majalah Ilham Edisi ke-13 telah tiba di sekolah dan mula diedarkan kepada semua pelajar mulai 17 November 2009. Bagi pelajar tingkatan 3, majalah boleh diambil pada sesi persekolahan sehingga 20 November 2009 pada guru kelas masing-masing atau pada hari keputusan PMR dikeluarkan.

Edisi kalini menampilkan kulit muka hadapan dengan tema berwarna ungu beserta dengan Lencana berbanding edisi terdahulu dengan rekaan berfokuskan bangunan sekolah. Nantikan review Ilham Ke-13 akan datang di Blog Ilham Sejaya!




Thursday, June 4, 2009 0 comments

Design majalah Ilham ke 12 yang dikatakan terlalu 'banyak' menyebabkan para pembaca majalah Ilham tidak 'puas' dengan isi kandungan majalah Ilham tersebut. Design tersebut juga menyebabkan ruangan dalaman majalah ilham edisi tersebut tidak dapat diisi dengan lebih maklumat dan informasi. Ini disebabkan design tersebut mengambil banyak ruang dalam kebanyakkan page majalah sekolah itu. "Tahun ini (2009), kita mahukan majalah yang simple serta dilengkapi dengan pelbagai informasi" - Ujar En. Lim, Ketua Sidang Redaksi Ilham 13. Justeru itu, design dalaman majalah Ilham ke-13 ini akan ditukar agar kelihatan lebih ringkas supaya banyak maklumat & informasi dapat dimasukkan dengan lebih lagi.


Header atau Banner di atas page dalaman
Ilham ke-12 ini mengambil ruangan yang banyak.

0 comments

Ketua Sidang Redaksi Majalah Ilham, En. Lim Nan Chong telah mengumumkan Farid Abdullah, seorang pelajar tingkatan 4 aliran agama sebagai Ketua Editor Majalah Ilham ke-13 tahun 2o09 ini.
Semoga dapat menjalankan tugas sebagai ketua editor yang rajin, cekap dan berdisiplin. Selamat menjalankan tugas! :D

Monday, March 9, 2009 0 comments

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Untuk makluman anda semua, blog ini dibuat khas untuk anda bagi mengetahui tentang Majalah Ilham SMK Segambut Jaya seperti Upcoming Release, Ilham Review & sebagainya. Selain itu, anda boleh menghantar sebarang comment atau cadangan untuk edisi Ilham yg seterusnya. Saya berharap agar anda semua dapat mengikuti perkembangan Ilham edisi ke 13 yg sedang dlm proses pembinaan.

-Arib-
-Unit Grafik-
-Ilham '08 & '09-